1. Pengenalan Antaramuka
-
Halaman Utama: Memaparkan semua produk yang boleh dipromosikan oleh ejen affiliate.
-
Analisis Komisyen: Kotak biru di bahagian atas memberikan gambaran keseluruhan kadar komisyen (minimum dan maksimum) yang ditawarkan merentasi pelbagai produk.
-
Navigasi Halaman: Terdapat fungsi pagination (halaman 1, 2, 3…) kerana jumlah produk yang banyak.
2. Maklumat Produk
Setiap produk diletakkan dalam kotak khas yang mengandungi:
-
Nama Produk: Contohnya, “Gendam Matadewa”.
-
Pautan (Link) Affiliate: Terdapat dua jenis link, iaitu link biasa dan link yang menggunakan username ejen.
-
Struktur Harga & Komisyen: Memaparkan julat komisyen (contoh: RM15 – RM90) dan harga produk (contoh: Harga Promo RM50 atau Harga Biasa RM100).
-
Kadar Komisyen: Komisyen berubah mengikut pakej atau harga yang dibeli oleh pelanggan; lebih mahal pakej, lebih tinggi komisyen.
3. Fungsi Butang Tindakan
Terdapat tiga butang utama untuk memudahkan promosi:
-
Salin Link: Untuk menyalin pautan affiliate dan dikongsikan ke media sosial seperti WhatsApp, Facebook, TikTok, dan Telegram.
-
Kod QR: Membolehkan ejen memuat turun kod QR yang boleh diimbas oleh bakal pembeli.
-
Buka Link: Membuka laman jualan (sales page) produk tersebut untuk melihat butiran lanjut dan borang tempahan.
